Thursday, May 31, 2007

Al-Fatihah

Salam semua,

27/5/2007 pada jam 1.15 a.m. Cendana dikejutkan dengan pemergian lelaki yang paling Cendana sayangi. Satu2nya lelaki yang mengenalkan Cendana pada erti kehidupan. Lelaki yang Cendana panggil Abah. Selain merupakan seorang ayah, dialah kawan, guru, penasihat dan buah hati Cendana yang Cendana kasihi. Allah lebih sayangkan arwah abah.. sebulan sahaja lagi iaitu pada 27/6 nti, umur arwah akan mencapai 55 tahun.
Apa yang tinggal sekarang hanyalah kenangan bersama arwah dan kata2 nasihat yang sering diberikan. Kenangan yang takkan Cendana dan adik beradik lupakan...

"Mati adalah pasti... Hidup InsyaAllah"

Al-Fatihah buat Allahyarham

No comments: